Friday, February 17, 2012

Happy 2nd Birthday my little darling, Marsya Naurah

Pejam celik pejam celik, kejap je umur baby mama ni mencapai usia 2 tahun. Pertama sekali, syukur kepadamu ya Allah di atas anugerahmu ini. kehadiran puteri cilik ini sememangnya menyempurnakan hidupku ini.


ketika sambutan hari lahir baby yang pertama



Kali ni mama nk ceritakan pengalaman mama sepanjang mengandungkan baby.




Mula-mula  bila tengok pergnancy kit ni positif, mama agak tergamam sebab rasanya terlalu awal. Namun sudah semestinya mama & papa teruja kerana itulah impian setiap pasangan yang telah berkahwin, ingin menimang cahaya mata. 


 Awal mengandung, mama alami alahan yang agak teruk. Setiap minggu mama MC. Sampaikan doctor di klinik sarankan supaya mama ke hospital. Ni la kenangan mama, pertama kali bermalam di wad. Nasib baik cuma 1 malam je. Tiap-tiap pagi mama menangis sebab tak tahan dengan sakit kepala & muntah. Lagipun masa tu papa masih di perak. Mama terpaksa harungi semua sendirian. Nasib baik anny & atok masih tinggal di ampang. Lega sket la mama sebab boleh tinggal sekali dengan mereka.


Berat badan mama turun banyak pada 3 bulan pertama. Masuk bulan ke 4 pregnancy, alahan mama dah berkurang. Mama dah mula ada selera makan. Dah boleh tersenyum. Dah boleh pegi berjalan. Mama dah mula excited nak menbeli baju baby. hehehe..


 masa mengandung 7 bulan. perut dah mula nampak. baby lasak sangat dalam perut mama. asik menendang je. kadang-kadang perut mama besar sebelah. baby memang taknak duk diam langsung. Ada sekali masa doktor tengah scan, baby tengah isap jari. cute sangat.  

Masuk 8 bulan. Mama memang dah tak sabar sangat menanti kelahiran baby. Semua kelengkapan mama dah beli. Banyak gak yang mama belanjakan. Hampir separuh duit bonus mama. Semua untuk baby, takde pun untuk mama & papa. hahahaa.

Mama kurang bergambar masa sarat dulu. Ntah kenapa la kan. Sedangkan mama giler camera kan. Masa mengandung dulu, mama tak suka mengadap PC. So memang jarang sangat-sangat update blog. Mama rasa pening kepala tiap kali mengadap PC. Nasib ex-bos mama tu baik. Jarang la dia bagi kerja-kerja yang perlukan mama mengadap PC. Best kan.

Walaupun papa jauh, tapi tiap kali mama ada check up kt hospital, papa mesti datang teman. Tiap-tiap minggu papa balik untuk tengok keadaan mama. Papa pun dah tak sabar sangat nak jumpa dengan baby. Nama untuk baby, memang awal-awal mama dah pilih. Bila tunjukan senarai nama yang mama tulis, papa berkenan dengan nama ni. MARSYA NAURAH, bermaksud bunga yang subur.

17 Februari 2012.
Hari ni genap baby 2 tahun. Sesungguhnya kehadiran baby banyak mengubah hidup mama. Mama rasa bertuah di kurniakan seorang puteri yang sangat bijak, manja, nakal, dan pandai mengambil hati. Terima kasih sayang kerana menyayangi mama dan memberi peluang mama merasai nikmat menjadi seorang ibu.

Mama doakan semoga baby membesar menjadi seorang insan yang boleh berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Jadi muslimah yang pandai menjaga maruah, tegas dalam kelembutan. Bersesuaian dengan nama mu sayang. Pabila dewasa jagalah dirimu sebaik mungkin sebagai mana mama & papa menjagamu ketika kecilmu.

Happy 2nd Birthday Marsya Naurah. Mama & Papa luv you very much.



Friday, February 10, 2012

rindu

kadang-kadang aku rindu untuk bersendirian. punyai masa untuk diri sendiri. buat apa yang nak di buat. berehat dan tenangkan fikiran tanpa ganguan dari sesiapa. tak perlu lama. cukup kalau dapat utk few hour je. sebab aku perlukan ketenangan.

bila jauh dirindu. memang betul. tapi bila dekat kenapa selalu bertekak? pelik bila fikirkan hal ni. kadang-kadang lebih baik mendiamkan diri. tapi kadang-kadang perlu juga bersuara. tapi bila bersuara, mesej disalah erti. lalu terjadi pertengkaran. kenapa macam ni jadinya?

sabar. itu kunci kajayaan. atapi dakan tembok sabar aku sekukuh mak. mak masih mampu tersenyum, walaupun hatinya terluka. aku pula?

aku cuma minta, berikan aku masa untuk aku bertenang buat seketika. tanpa sebarang komunikasi untuk sementara. tak perlu tambahkan lagi ketegangan ini. mungkin diam itu mampu menjernihkan kembali hubungan ini.

Tuesday, January 24, 2012

bercuti

Still di batu gajah lagi. sok nk bergerak lik kl. jap je masa berjalan bila bercuti. kalau time keje, jarum jam cam tak bergerak pulak. seronok bercuti. asik MAKAN, MAKAN & MAKAN je. dah bertambah berat badan aku ni. tak pe la, sekali sekala je. 

Aktiviti sepanjang bercuti, tak bawak sangat. cm yang aku cakap, asik makan je. yang syoknye, kali ni tercapai hajat aku nk makan mee banjir udang kt kuala sepetang. memang sedap. berbaloi la menunggu selama sejam. along & family pun join sekali. pas makan, jalan-jalan kat pekan taiping. cuma ingat nk pegi zoo tak kesampaian sebab keluar dari umah dah lambat. tak sempat la. next time nk buat plan lain lak. 

Naurah pun takde meragam sepanjang cuti ni. makan pun berselera je. dan makin montel je. alhamdulillah. kalau tak, dah susut badannya. risau pulak aku. mintak-mintak rabu ni start hantar ke pengasuh lain, dia ok la. 

Friday, January 20, 2012

berjaya capai impian 2012 yg pertama.

tgk post aku yg terdahulu. sebenarnya mengarang lama dh. tapi tak sedar rupanya tak publish lagi. ari ni baru bukak blog. tak pe la masih dalam bulan 1 kan.

ok tajuk hari ni dh capai impian pertama. alhamdulillah dh berjaya memiliki kenderaan sendiri. bukan yg baru. tapi masih elok dan nampak baru. yang penting condition masih elok. boleh bawak aku & keluarga ke mana-mana destinasi asalkan ada minyak. hahaha.. ok untuk mengetes drive, hari ni akan merasmikan perjalanan jauh yang pertama kami bersama HERO. kami akan menuju ke batu gajah. balik kampung hubby. dah sebulan dia tak balik kg. rindu melampau-lampau la tu. tapi ikutkan baru 3 minggu je tak jumpa family dia. new year hari tu dh bercuti ke A'famosa dengan family dia pun. tapi biasa la kan, org tak pernah berjauhan, tinggakan kampung halaman. home sick la tu. layankan je la.

hidup aku byk berubah. since hubby dah duduk bersama. semuanya lebih terurus. baby lebih ceria, mama lebih2 happy. hahah...

ok sampai jumpa lagi. happy cny bagi yg menyambutnya. buat insan2 yang akan bercuti, selama bercuti. habiskan masa cuti ni dgn aktiviti yg berfaedah. yg ada keluarga, luangkan masa utk bercuti dgn keluarga. kita tak tau berapa lama masa yg kita ada dgn keluarga kan.

selamat tinggal 2011 selamat datang 2012

Ya ampun... lamanya tak update blog. malasnya nk update blog pakai b.band.. slow gila.. ada tak b.band yang bayar murah, tapi laju gila...?
ok tinggal bape hari je 2011 akan melabuhkan tirai... macam mana azam 2011? semua dh tercapai & terlaksana ke? kalau di tenung balik azam aku dulu, kononnya nk lebih rajin update blog.. tapi sejak blog di blok oleh tnb, makanya niat suci murni tu terkubur cmtu aje.. bulan ni br 2 kali je update citer.. sedangkan banyak je story mory nak dikongsikan bersama...

penutup tahun ni sangat menggembirakan bagi aku.. yang pertama sebab hubby dah berpindah ke kl.. dah tak perlu lagi berjauhan dengan hubby... baru la aku merasa cmne hidup berumahtangga yang sebenarnya.. senang kan bila dah bersama ni.. semua urusan boleh diuruskan bersama.. balik keje sama-sama, jaga anak sama-sama... kemas rumah sama-sama.. masak sama-sama... tido sama-sama... sekarang ni aku dah tak terkocoh-kocoh lagi pagi-pagi sebab hubby yang uruskan baby aura.. dia masuk keje kul 9. opis dekat lak dengan rumah.. so biar dia yang settlekan anak la.. pagi aku cuma settlekan diri sendiri.. nikmatnya..

bos aku pun dah bertukar.. en.rosli a.k.a pak misai dah transfer ke HQ.. bos baru aku pn. rohana a.k.a RI pulak dari hq, transfer ke sini... sepanjang sebulan bekerja dengan ri ni, aku rasa seronok sangat sebab ri jenis yang agresif.. semua kerja dia settlekan dengan cepat.. takde pending-pending lagi.. pastu senang nak berurusan dengan dia.. sejak keja dengan dia, kadang-kadang tercungap-cungap gak aku bekejaran nak settlekan keje.. tapi seronok sebab otak sentiasa berjalan.. berbeza masa dengan pak misai dulu.. terlebih santai sampai otak pun lama-lama tepu.. tapi tiap orang berbeza cara mereka.. yang pasti aku bersyukur bekerja dengan orang yang mudah untuk berurusan..

ok cerita pasal azam tahun 2012.. adat la kan bila masuk tahun baru je mesti cerita tentang azam.. aku pun nak cerita la azam aku tahun ni... lepas impian tahun 2011 dah terlaksana, impian aku semoga tahun 2012 memberi sinar yang bergemerlapan buat kami sekeluarga.. dan aku berazam untuk menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.. ishhh cam skema la pulak kan..

ok ni to do list for 2012

1. nak ada kereta.. pehh tu no 1 tu.. sedih kan, keje dah bertahun-tahun, tapi kete sebijik pun takde lagi.
2. nak pegi bercuti... since last vacation kitorg yaitu masa honeymoon, tak penah lagi pegi bercuti. so tahun ni kene plan percutian untuk lebih mengeratkan lagi kemesraan rumahtangga..
3. bercuti dengan kawan-kawan... lebih kurang yang no2 tadi, tapi kali ni melibatkan kawan-kawan pulak..
4. nak saving... nak buat apa pun, saving tetap kena ada.. baby aura dah makin besar, belanja dah makin mahal.. kalau takde saving dari sekarang, ti tak merasa la nak hantar dia ke playschool ke or tadika yang best-best..
5. beli hp baru.. kesian aku, org dh pakai tablet, aku still pakai hp buruk.. tapi buruk-buruk hp aku, credit tak penah kosong... hahaha.. ayat aku selalu mengena kawan la.. hp canggih, tapi takde credit... apa barang kan..
6. nak kurangkan mengata / mengumpat / mengeji orang... wahhh suka mengumpat ke aku selama ni... kalau ada yang terkutuk selama ni, maaf la ye.. tak sengaja semua tu.. sebenarnya aku ni bukan la suka sangat campur hal org.. hal ko hal ko, hal aku hal aku la.. cuma aku ni kadang-kadang suka-suka je tak suka ngn orang.. suka hati je kan.. taktau ke ntah-ntah, ramai je orang tak suka kat aku... haa padan muka..
7. nak rajin memasak.... sejak dah sebumbung dengan hubby, kene la mengasah bakat memasakkan.. kot-kot ti leh masuk masterchef pulak.. nak tambat hati suami, kene tambat perut dia dulu.. hahaha.. nak memasak ni bukan just untuk hubby, nak rajin pelbagaikan menu baby aura jugak.. aku tengok baby aura dah jemu makan bubur dengan sup je.. so pas ni kene la masakkan benda-benda lain pulak.. yang penting berkhasiat la..
8. lebih fokus pada kerja... selama ni bos santai je, so aku pun relax je la.. tapi since bos baru ni agresif semacam, so aku pun kene la agresif gak..
9. mula ajar baby aura membaca... dah lambat ke or cepat sangat ye? sebab aku ada tengok sorg baby matsaleh ni umur 18bulan dah pandai membaca.. cm berangan juga la baby aura dah boleh membaca sebelum masuk tadika.. tapi sebenarnya takde la aku nak paksa sangat.. bukan maksud aku boleh membaca lancar macam kita yang dah dewasa ni.. tapi nk dia dah mengenal abjad la.. sekarang ni pun dia dah boleh bilang 1 - 10.. tapi selalu terskip 9. takpe boleh ajar slow2 kan..
10. tambah anak??? perlu ke masuk dalam to do list ni... kompius pulak aku.. bila tengok org mengandung, teringin nak mengandung lagi.. baby aura pun insya allah akan melengkapkan penyusuan susu ibu februari nanti.. so dah tak perlu risau lagi kalau tetiba susu drop sebab mengandung.. emmm... masuk je la dalam to do list... kita merancang, tapi allah yang menentukan segalanya.. betul tak..

tu je la list yang telah dirancangkan buat masa ni.. nanti kalau ada terpikir lagi, akan ditambah la.. harap dari 10, ada atleast 6 yang tercapai.. tak mo target terlalu tinggi.. ti tak tercapai pulak... kalau target terlalu rendah, takde motivasi pulak.. macam-macam la aku nih..

ok sampai jumpa lagi... tak tau bila la pulak kan... selamat bercuti dan selamat tahun baru ..

Thursday, December 15, 2011

Hadiah yg bermakna

December merupakan kelahiran kami berdua.. alhamdulillah tahun ni kami menerima hadiah yg sangat bermakna.. yg telah lama kami nantikan.. setelah hampir 3 thn usia perkahwinan kami, akhirnya dapat jua kami hidup sebumbung seperti pasangan suami isteri yg lain..

hubby akan mulakan kerja di tempat baru pada 19 december nanti.. tempat kerja pun dekat je dengan rumah.. boleh jalan kaki je.. gaji pun boleh tahan.. dah lama aku suruh hubby keluar dari bt gajah.. mencuba nasib di sini.. selama ni hubby tak confident, tapi akhirnya dia terpaksa akur dengan keadaan.. dan syukur setelah cuba hantar resume kt few company, akhirnya lekat juga yg ni.. 1st company panggil interview terus dpt offer kerja.. mungkin ada sebab permohonan pertukaran aku selama ni gagal.. rupanya memang dh tertulis rezeki kami masih di ampang..

~menanti detik utk hidup bersama hubby tercinta, dan bersama-sama membesarkan puteri tersayang~

Thursday, November 17, 2011

21 bulan penyusuan






































lama tak update cerita budak kecik ni.. alhamdulilah genap 21 bulan aku menyusukan puteri hatiku.. lagi 3 bulan untuk menjayakan penyusuan selama 2 tahun. semoga dipermudahkan.. bersyukur pada Allah s.w.t kerana memberikan kesepatan buatku menikmati pengalaman yang sangat membahagiakan..

perjuanganku dalam breastfeeding tidak sesukar mana walaupun ianya merupakan pengalaman pertamaku.. pada awalnya keluargaku & hubby tidak menyokong namun tidak juga menghalang aku ingin menyusukan baby aura.. pada mereka itu perkara biasa seorang ibu menyusukan bayi ketika dalam pantang.. namun apabila melihat pada kesungguhanku untuk terus menyusukan baby aura, mereka terus menyokong tanpa berbelah bahagi.. tambah pula apabila melihat perkembangan baby aura yang sangat positif.. alhamdulillah aku tiada masalah dari pihak keluarga...

cuma apa yang aku terkilan kerana tak berjaya exclusive breastfeed baby aura.. sebab kejahilan aku di awal penyusuan, aku dah suapkan formula milk dan air masak ke mulut si manjaku.. menyesal sangat-sangat tak menuntut ilmu dalam penyusuan seawal aku di sahkan mengandung dulu.. insya allah, jika di murahkan rezeki untuk anak ke-2 nanti takan aku ulangi lagi kesilapan itu..

nikmatnya menyusukan anak, cuma mereka yang melaluinya saja yang tahu.. andai di beri pilihan antara duit dan menyusukan anak, dah pasti aku akan memilih untuk menyusu.. sebab duit tak dapat membeli kepuasan & kebahagiaan aku dalam menyusukan anak..