Happy 2nd Birthday my little darling, Marsya Naurah
Pejam celik pejam celik, kejap je umur baby mama ni mencapai usia 2 tahun. Pertama sekali, syukur kepadamu ya Allah di atas anugerahmu ini. kehadiran puteri cilik ini sememangnya menyempurnakan hidupku ini. ketika sambutan hari lahir baby yang pertama Kali ni mama nk ceritakan pengalaman mama sepanjang mengandungkan baby. Mula-mula bila tengok pergnancy kit ni positif, mama agak tergamam sebab rasanya terlalu awal. Namun sudah semestinya mama & papa teruja kerana itulah impian setiap pasangan yang telah berkahwin, ingin menimang cahaya mata. Awal mengandung, mama alami alahan yang agak teruk. Setiap minggu mama MC. Sampaikan doctor di klinik sarankan supaya mama ke hospital. Ni la kenangan mama, pertama kali bermalam di wad. Nasib baik cuma 1 malam je. Tiap-tiap pagi mama menangis sebab tak tahan dengan sakit kepala & muntah. Lagipun masa tu papa masih di perak. Mama terpaksa harungi semua sendirian. Nasib baik an...