Posts

Showing posts from August, 2016

Kenapa VIVIX digelar TONIK AJAIB

Image
Assalam,  Pagi ni hujan. Cuaca sejuk macam ni, kalau hari cuti sure tarik selimut balik. Opsss jangan sambung tidur balik walaupun hari cuti ye. Bangun awal pagi, murah rezeki. Tu yang ayah saya selalu nasihatkan.  Korang mesti pernah dengan perkataan tonik. Tau tak perkataan tonik tu berasal dari perkataan Jerman yang bermaksud maajun. Ehh takde la saya bergurau je.  Tau tak, shaklee juga ada produk yang di gelar tonik ajaib. Kenapa ye? Sebab kandungan yang terdapat di dalam tonik ajaibnya mengandungi 10x lebih RESVERATROL yang mampu membaiki sel-sel DNA dalam saraf kita.  Seperti yang kita tau, dalam tubuh badan kita mempunya berjuta-juta sel DNA. Inilah yang membentuk diri kita. Namun semakin bertambah usia, sel DNA dalam tubuh kita semakin berkurang dan ada yang rosak disebabkan oleh faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.  Bila DNA makin berkurang, ini la punca timbul pelbagai jenis penyakit seperti kanser, sakit jantung, alzh...

Anggur Muscadine, tumbuhan unik pencegah kanser

Image
Assalam,  Pernah dengan tentang anggur muscadine? Anggur muscadine ni bukan sebarang anggur, tapi anggur yang telah dikenalpasti mempunyai lebih satu kromosum berbanding anggur biasa.  Anggur muscadine ni tumbuh di kawasan yang lembab dan panas. Salah satu faktor yang dikenalpasti kenapa anggur ini mempunyai resveratrol tinggi yang mampu melawan sel-sel kanser.  Saiznya adalah sebesar bola golf tau dan kulitnya tebal dan keras. Wahh memang jauh berbeza dengan anggur biasa. Tak hairan la ia dikenali sebagai super grapes. Ia juga kaya dengan polifenol, iaitu agen anti penuaan yang paling berkesan.  Tau tak, anggur muscadine adalah salah satu ramuan yang terdapat di dalam VIVIX SHAKLEE. Patut la pengguna vivix nampak lebih sihat dan muda berbanding usia mereka.  Saintis shaklee telah mengkaji selama bertahun-tahun bagi mendapatkan penemuan terbaik bagi menghasilkan vivix. Kehebatan vivix memang tak perlu dipertikaikan lagi. R...

Klinik Pergigian Medini, Ampang

Image
Assalam, 2 minggu en.suami diserang sakit gigi yang kronik. Yang parahnya sebab dah malam baru sibuk nak mencari klinik gigi. Masa tu dah pukul 9 malam. Punya la marah saya ni sebab mana nak cari klinik gigi yang masih di buka. Tapi malas nak bergaduh, saya pun google la. 1st klinik di area Taman Permata, tutup jam 10.00 malam. Cuba call, tapi malangnya mereka dah tak ambik patient lagi sebab yang menunggu pun dah ramai. Google la lagi. Lagi 1 klinik tutup jam 9.45 malam. Saya cuba call tapi tak berjawab. Nasib baik terjumpa lagi satu klinik yang tutup jam 10.00 malam dan terletak di Ampang. Saya cuba call, pada mulanya mereka tak nak ambil pesakit lagi sebab sedang buat satu treatment yang lama dengan pesakit yang ada sekarang. Tapi saya cuba guna kuasa memujuk, alhamdulillah mereka sedia terima lagi seorang pesakit. Klinik Medini terletak di area Ampang Point, sebelah dengan My Mom Chicken Rice Shop. Klinik ni baru beroperasi pada bulan Januari 2016. So masih baru. Keadaan di dal...

Macam mana nak mula berbisnes SHAKLEE?

Image
Nak berjaya dalam sesuatu bidang memang perlukan mentor. Mentor ni berperanan sebagai pembimbing untuk mendidik anak muridnya. Macam cikgu la kan. Jadi, untuk berjaya dalam shaklee, wajib berguru dengan mereka yang dah berjaya. Ikut langkah mereka, pasti kita juga akan berjaya seperti mereka. Untuk anda yang ingin menambah pendapatan tapi kekurangan modal yang besar, Shaklee adalah jawapannya.  Dengan hanya RM69 sebagai yuran keahlian, anda layak untuk membeli produk shaklee pada harga ahli dan boleh mulakan perniagaan anda sebagai Distributor Shaklee yang sah. Kelebihan menjadi ahli shaklee. * Dapat beli vitamin shaklee yang telah diakui terbaik di dunia dengan harga ahli. * Dapat untung runcit pada setiap jualan * Dapat bonus bagi mereka yang mencapai target UV setiap bulan * Dapat car bonus dalam bentuk cash (bagi mereka yang capai target) * Dapat trip percutian keluar negara / umrah 5 bintang percuma Selain itu, ahli juga boleh mengikut kelas nutrisi yang di adakan ...

Kenduri doa selamat

Image
Assalam, Insha allah tahun ni mak ayah akan ke mekah menunaikan haji. Alhamdulillah rayuan mak dan ayah diterima. Kalau diikutkan lambat lagi mereka ke sana. Dah dapat panggilan untuk menjadi tetamu allah, syukur.  Jadi mak ayah ada la buat sikit kenduri doa selamat sabtu lepas. Makanan semua tempah je dengan katering. Saya cuma buat dadih atas permintaan mak. Mula-mula ingat nak buat kek, tapi tak kesempatan pulak. Ok la layan gambar je la ye.  Naurah yang rajin tolong mama siapkan dadih. Kemain excited dia nak tolong  Geng-geng masjid mak.  Masa ni menunggu katerer. Dah risau juga sebab tetamu dah hadir.  Kita minta geng mak bermarhaban dulu sementara katerer sampai Lepas geng mak keluar untuk makan, geng masjid ayah pulak ambik tempat Pun ramai sampai penuh kedua-dua ruang tamu rumah Adik beradik ayah dari kemaman. Cik ani yang duk tengah, kat depan tu pun akan ke mekah juga tahun ni. Dia pegi d...

Atasi Stretch Marks

Image
Assalam.  Nak kongsi cerita sikit, masa mengandungkan naurah dulu, bila perut terasa gatal, memang rancak saya menggaru. Tak sangka pulak bila menggaru, stretch mark pula jadinya. Patut la mak marah bila nampak saya menggaru perut. Sapu lotion pun tak menjadi apa. Tapi memang tak tahan gatal kan.  Hingga lah saya mula amalkan ESP ketika mengandungkan athmar. Kesan stretch mark lama mula pudar. Yang baru segan nak muncul. 😍 😍 Mula-mula tak perasan pulak kesan stretch mark berkurangan, tapi en.suami la yang tegur. Katanya "eh, stretch mark kat perut ayang makin kurang la". Lepas tu baru sibuk nak tengok cermin. Ye la betul. Tersengeh-sengeh la saya. Sebab dulu memang saya rimas betul tengok kesan stretch mark tu. Naik segan pun ada.  Kenapa ESP boleh membantu hilangkan kesan stretch mark?   ❓ ❓ Sebab ESP mengandungi Asid Amino yang dapat merangsang pembentukan semula kulit, mengurangkan kedutan, anti-penuaan dan mengurangkan parut. P...

Promosi ostematrix

Image
Assalamualaikum, Pssttt.... Nak bagi tau ni sekarang tengah promo ostematrix. Apa tu ostematrix?  Pil kalsium yang mengandungi boron, magnesium, fosforus, vitamin D dan zinc.  Semua mineral tu diperlukan bersama dengan kalsium untuk penyerapan yang lebih maksimum.  Jadi pada korang yang kerap sakit tumit, sakit belakang, kejang otot, sengugut, sakit kepala, sukar tidur, lesu di waktu pagi, memang elok makan ostematrix. Ostematrix juga dapat merawat sembelit tau.  Ostematrix sangat-sangat baik untuk tulang. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan penyakit osteoporosis, iaitu tulang rapuh.  Sememangnya mencegah adalah lebih baik dari merawat.  Sepanjang bulan ogos 2016, promosi ostematrix beli 2 dapat diskaun 5% atau beli 6 dapat percuma 1 botol. Boleh buat stok untuk diri sendiri atau di kongsi bersama keluarga.  Untuk pembelian, boleh hubungi saya :  Call / Whatsapp / SMS : Mar 018.268.4992 FB :...

Masker Alfalfa dan Vitamin C

Image
Assalam, Nak cantik kena la rajin. Jangan cakap je nak nampak cantik tapi malas nak usaha. Ni ada cara mudah nak dapatkan kulit wajah yang lebih halus mulus. Alfalfa ni untuk detox buang toksin dalam badan. Bila toksin dah di buang, baru kulit jadi lebih sihat. Vitamin C pula memang elok untuk kulit. Rajin-rajin la makan vitamin c ni dan lihat lah hasilnya nanti. Kulit akan jadi lebih cerah dan tona lebih sekata.  Selain dari makan, vitamin ni juga boleh dibuat masker. Caranya senang je, ambil 1 atau 2 biji alfalfa dan 1/2 biji vitamin C. Tumbuk sehingga hancur. Kemudian titiskan sedikit air. Tidak terlalu pekat atau cair. Sedang-sedang je texture nya. Kemudian tepet la di muka. Biarkan 15 -20 minit hingga kering. Pastu boleh cuci macam biasa sambil gosok perlahan-lahan seperti scrub.  Lepas tu memang kulit terasa halus bak bayi. Kalau nak dapat hasil yang menakjubkan, kena la rajin buat ye. Jangan la buat sekali pastu tak buat-buat lagi. Kalau rasa mac...

Osteoporosis. Cegah sebelum kena, rawat sebelum parah.

Image
Pernah dengar tentang osteoporosis?  Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput yang berisiko besar mengakibatkan patah tulang. Ini adalah kerana tulang tersebut telah hilang ketumpatannya dan kurang kualiti dari segi kalsium. Wanita merupakan golongan yang sering terdedah dengan risiko osteoporosis. Ini kerana para wanita lebih cenderung mengalami penyusutan kalsium disebabkan mengandung dan menyusukan bayi.  Terdapat 2 jenis iaitu Primer (Primary) dan Sekunder (Secondary) : 1. Osteoporosis Primer Antara sebab-sebabnya ialah:- ✔  Selepas menopos atau putus haid – kurang estrogen sebabkan BMD rendah ✔  Berkaitan dengan umur – umur yang meningkat, semakin tinggi risiko dapat osteoporosis 2. Osteoporosis Sekunder Antara penyebabnya ialah:- ✔  Penyakit endocrine seperti Cushing’s Syndrome, hypogonadism, thyrotoxicosis dan hyperparathyroidism. ✔  Ubat-ubatan seperti Glucocorticoids atau steroids ( 5 mg sehari untuk lebih dari 3 bulan), Heparin...

HB rendah ketika mengandung?

Image
Assalam, Hari ni nak bercerita tentang HB rendah ketika mengandung. Rezeki saya kedua-dua kandungan saya tidak mengalami HB rendah. Bagaimana mengetahui anda mengalami HB rendah?   Ketika rawatan mengandung yang dilakukan setiap bulan, klinik akan mengambil darah bagi membuat test HB. Penting untuk mengetahui paras HB ibu-ibu. Kerana HB rendah boleh membahayakan ibu dan kandungannya.  Kesan HB rendah kepada ibu hamil dan bayi.  Ibu mudah pitam/pengsan Risiko tinggi untuk mengalami keguguran Mengalami kegagalan jantung Pendarahan semasa mengandung dan bersalin Risiko alami penyakit berjangkit dengan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut Lahir tidak cukup bulan Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia Mati ketika dilahirkan Jika anda disahkan mengalami HB rendah, sila jangan ambil mudah. Cari jalan untuk meningkatkan balik bacaan ...