Posts

Punca Berlakunya Katarak Dan Cara Untuk Mengatasinya Tanpa Menjalani Pembedahan

Image
Assalamualaikum, Pernah dengar tentang katarak mata? Biasa bila dengar tentang masalah katarak, yang terlintas di fikiran adalah masalah berkaitan tentang mata yang biasanya di hadapi oleh warga emas. Namun bagaimana ianya terjadi? Saya akan berkongsi lebih lanjut berkenaan masalah ini. Katarak merupakan masalah mata di mana kanta mata jernih menjadi kabur. Ia perlu di rawat segera kerana akan menjejaskan penglihatan. Ada kes di mana katarak yang tidak di rawat akan mengakibatkan mata menjadi buta.  Katarak terjadi akibat daripada: Penuaan Kecederaan pada mata Diabetes Penyakit tertentu Pengambilan sesetengah jenis ubat Kekurangan zat makanan Faktor kongenitil Tanda-tanda Katarak  Penglihatan menjadi kabur tanpa rasa sakit Warna kelihatan pudar Silau melampau Penglihatan berganda pada sebelah mata  Rabun / kesukaran melihat pada waktu malam Kaedah Rawatan Bagi pesakit yang baru mengalami masalah katarak, mereka bol

4 Tips Mudah Hilangkan Parut Jeragat

Image
Assalamualaikum, Memiliki wajah yang cantik tanpa cela sememangnya menjadi idaman kebanyakan wanita. Namun tak semua bertuah memilikinya. Selain daripada jerawat, jeragat juga merupakan masalah utama kaum wanita. Bagi mengatasi masalah jeragat, anda harus tahu dahulu punca terjadinya masalah tersebut. Kemudian barulah anda boleh mencari solusi bagi mengatasinya.  Punca Terjadinya Jeragat 1. Pancaran sinaran matahari mengandungi uv yang boleh merosakan kulit. Dua jenis sinaran uv iaitu UVA (aging) yang menyebabkan berlakunya penuaan terhadap sel kulit dan UVB (burning) yang memberikan kesan kulit terbakar (sunburn). Kesan UV bukan hanyak merosakan sel kulit, malah merbahayakan. Pastikan anda menggunakan pelindung uv jika anda sering terdedah kepada matahari secara kerap. 2. Hormon yang tidak stabil boleh mengakibatkan terjadinya jeragat. Biasanya wanita hamil mengalami perubahan horman dalam badan hingga ada yang mengalami masalah jeragat ketika hamil akibat

Ingin Berhenti Merokok? Ketahui Cara Mudah Untuk Hilangkan Ketagihan

Image
Assalamualaikum Ramai di kalangan kita yang merupakan perokok tegar. Kalau melepak di kedai mamak, memang boleh lemas dek asap rokok. Umumnya kita semua mengetahui tentang bahayanya rokok, namun ramai yang sukar menghentikan tabiat merokok. Mengapa ye?  Seseorang yang saya kenali ingin berhenti merokok. Namun katanya sukar untuk menghilangkan rasa ketagihan terhadap nikotin. Apa Sebenarnya Nikotin? Nikotin merupakan sejenis dadah yang boleh menyebabkan seseorang menjadi ketagih. Di dalam daun tembakau terdapat di antara 1 hingga 3 peratus nikotin. Di dalam sebatang rokok terdapat 0.5 sehingga 2.0 mg nikotin bergantung kepada cara ia di proses.  Nikotin menyebabkan gangguan pada sistem saraf yang boleh menggangu fungsi otak khususnya sistem saraf autonomik yang mengawal otak, tekanan darah dan kadar degupan jantung. Antara kesan lain nikotin terhadap manusia adalah memberikan rasa khayal. Ini menimbulkan ketagihan di kalangan perokok.  Sejauh mana kita sedar t

Alam Terasa Berputar? Mungkin Itu Vertigo.

Image
Assalamualaikum, Pernah tak, dunia anda terasa berputar-putar hingga anda terasa tidak stabil, pening dan muntah? Awas, mungkin anda mengalami vertigo. Apa Itu Vertigo?  Vertigo berasal dari Bahasa Latin ' Verto' yang bermaksud gerakan berputar yang membuatkan pesakitnya merasa sakit kepala hingga tidak mampu berdiri dengan stabil. Ini adalah kerana gangguan pada sistem keseimbangan badan. Pesakit vertigo juga akan merasa pening, loya dan muntah-muntah. Vertigo boleh menyerang sesiapa sahaja. Malah menurut kajian berdasarkan kepada peningkatan umur, vertigo biasa menyerang wanita 2 kali lebih tinggi berbanding lelaki dan merupakan satu gejala yang biasa di hadapi oleh mereka yang berusia lebih 65 tahun.  Punca Berlaku Vertigo Jangkitan di telinga menyebabkan gangguan keseimbangan pada bahagian dalam telinga Ganguan pada saraf otak yang menyebabkan kekurangan aliran oksigen sehingga menggangu keseimbangan pada bahagian saraf otak

Punca Dan Gejala Sakit Sendi Serta Cara Untuk Mengatasinya

Image
Assalamualaikum, Apa itu sakit sendi? Biasanya sakit sendi atau juga di panggil arthritis terjadi kepada mereka yang telah berusia. Namun ramai juga orang muda yang mula mendapat arthritis. Arthritis adalah kesakitan di bahagian sendi, adakalanya bengkak atau kekejangan sendi. 3 kategori arthritis yang paling lazim adalah gout, arthritis rheumatoid dan osteoarthritis. Bagaimana Ianya Terjadi Sakit sendi boleh terjadi akibat ligamen yang terkoyak, luka atau terseliuh.  1. Gout - Menyebabkan sakit yang berulang akibat pembentukan kristal yang terdapat di dalam asid urik. Biasanya ia menyerang sendi di bahagian ibu jari kaki. 2. Kerosakan di bahagian tulang rawan atau belakang tempurung lutut. 3. Arthiris rheumatiod - Sakit sendi di bahagian sendi jari, pergelangan tangan dan buku lali. 4. Osteoarthritis - bengkak di bahagian tisu atau sekitar sendi akibat kerosakan tulang pelindung. Biasanya terjadi kerana faktor umur atau kerana obesiti. 5. Penyakit yang menyer