Posts

Punca Dan Gejala Sakit Sendi Serta Cara Untuk Mengatasinya

Image
Assalamualaikum, Apa itu sakit sendi? Biasanya sakit sendi atau juga di panggil arthritis terjadi kepada mereka yang telah berusia. Namun ramai juga orang muda yang mula mendapat arthritis. Arthritis adalah kesakitan di bahagian sendi, adakalanya bengkak atau kekejangan sendi. 3 kategori arthritis yang paling lazim adalah gout, arthritis rheumatoid dan osteoarthritis. Bagaimana Ianya Terjadi Sakit sendi boleh terjadi akibat ligamen yang terkoyak, luka atau terseliuh.  1. Gout - Menyebabkan sakit yang berulang akibat pembentukan kristal yang terdapat di dalam asid urik. Biasanya ia menyerang sendi di bahagian ibu jari kaki. 2. Kerosakan di bahagian tulang rawan atau belakang tempurung lutut. 3. Arthiris rheumatiod - Sakit sendi di bahagian sendi jari, pergelangan tangan dan buku lali. 4. Osteoarthritis - bengkak di bahagian tisu atau sekitar sendi akibat kerosakan tulang pelindung. Biasanya terjadi kerana faktor umur atau kerana obesiti. 5. Penyakit yang menyer

10 Rahsia Awet Muda Yang Semua Wanita Wajib Ketahui

Image
Assalamualaikum Antara soalan yang paling sukar di jawab oleh ramai wanita ialah mengenai usia mereka. Malah ada yang sanggup menipu usia sebenar mereka. Kenapa ye? Malu orang mengetahui usia sebenar mereka ke?  Bagi saya memberitahu usia sebenar tidak memalukan, tetapi, lebih malu kalau umur muda tapi dah kelihatan jauh berusia. Betul tak! Langkah-Langkah Yang Dapat Menjadikan Wajah Kelihatan Muda Dari Usia Sebenar 1. Jauhi Stress Stress membuatkan anda menjadi serabut dan mudah marah. Ini akan membuatkan hormon anda tidak menentu seterusnya menggangu kestabilan imun sistem anda. Bukan itu sahaja, jerawat juga mudah tumbuh di wajah. Jadi sekiranya anda ingin tampil menarik, kawal stress anda.  2. Minum air kosong Kulit kita memerlukan air yang mencukupi bagi mengekalkan lembapan. Kulit yang kering akan kelihatan bersisik dan tidak menarik. Jadi untuk mendapatkan kulit yang cantik, pastikan anda meminum sekurang-kurang 3liter air mineral setiap hari

7 Tips Yang Menjadikan Berpantang Czer Lebih Menyenangkan

Image
Assalam, Siapa yang bersalin czer? Perit kan menahan sakit setelah hilang ubat bius. Ramai orang yang akui, bersalin normal lebih mudah di jaga. Saya akui kebenarannya. Pengalaman dua kali bersalin normal dan terpaksa di czer pada kelahiran ke tiga memang memberi pengalaman baharu buat diri saya. Saya terpaksa di bedah lantaran baby telah berak di dalam perut walaupun bukaan servik saya telah 8cm ketika itu. Setelah ubat bius mulai hilang, rasa perit di bedah mula terasa. Berdenyut dan ngilu. Segala pergerakan mula terbatas. Batuk merupakan perkara yang paling mengerikan. Memang seksa sungguh. Belum cerita lagi bab mahu ke toilet. Menangis beb. 7 Tips Berpantang Czer Lebih Menyenangkan 1. Jaga pemakanan Elakkan daripada mengambil makanan yang berminyak dan gatal. Seeloknya minggu pertama czer, makan bubur nasi supaya makanan mudah di cerna. Makanan yang boleh menyebabkan kegatalan seharusnya di elak sama sekali. Makan sayuran serta buahan dapat memberikan

Bagaimana Merawat Tulang Patah Agar Sembuh Dengan Lebih Pantas Dan Cepat

Image
Assalamualaikum. Tulang patah boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Hanya kemalangan yang kecil sahaja boleh mengakibatkan berlakunya tulang patah. Proses penyembuhannya pula mengambil masa yang agak lama, berbulan-bulan bergantung kepada usia. Lebih lanjut usia seseorang, lebih lewat penyembuhan berlaku. Ini menyebabkan mereka yang mengalaminya berasa tertekan kerana pergerakan mereka yang terbatas. Tambah leceh dengan pemakaian simen yang berat, panas dan merimaskan. Nak garu pun tak boleh. Jadi bayangkan kena pakai selama beberapa bulan.  Dr. Zubaidi di dalam artikel beliau ada menyebut proses penyembuhan tulang patah melalui 3 peringkat secara serentak. Pembengkakan berlaku di bahagian yang patah akibat darah beku bagi memberi kestabilan kepada struktur di bahagian yang patah. Kemudian sel-sel yang rosak akan mula di singkirkan dan sel baru akan mula terbentuk.   Rawat Tulang Patah Dengan Supplement Bagi Penyembuhan Lebih Pantas Sungguh pun tulan

Kebaikan Vivix Yang Rugi Kalau Tak Tahu

Image
Assalam uollss, Vivix shaklee minuman botani yang kaya dengan khasiat Lama ahkak tak bersiaran. Ahkak santek dah habis cuti berpantang. Dah sebulan juga la mula kerja balik. Nasib baik baby atharizz mudah di urus, takde la kalut sangat ahkak bersiap pagi-pagi. Hari ni ahkak nak kongsi sikit tentang kebaikan Vivix dari Shaklee ni. Mesti uollss pernah dengar tentang vivix kan. Teruskan membaca untuk tahu lebih banyak khasiat vivix. Kalau nak tau, masa bersalin atharizz hari tu, ahkak emergency czer sebab baby dah berak dalam perut. Pengalaman pertama kali di bedah memang menguji mental sungguh. Hari ke dua, ahkak mula ambil vivix. Sebelum ni banyak testimoni tentang ibu bersalin czer yang syorkan untuk mengambil vivix supaya luka czer cepat pulih. Kenapa vivix, bukan gamat atau ikan haruan? Sebenarnya ada beberapa kes ibu czer yang mengamalkan gamat atau ikan haruan mengalami masalah usus melekat. Ngeri betul ahkak dengar. Malah doktor juga tak galakkan wan

DEKO RUMAH PART 2 | LAMPU

Image
Assalamualaikum. Yeayyy lampu dah siap di pasang. Semalam en.suami wasap gambar. Bertambah excited ahkak rasa tau.  Ruang ni kami plan nak letak meja makan. Lampu 3 serangkai ni en.suami beli di kedai di Jalan Pasar. Lebih murah dan ada warrenty setahun berbanding dengan kedai di area Ampang. Lampu bilik ni kalau di off, pastu on balik akan menyala lampu kaler soft orange. Boleh jadi lampu tidur. Faham kenapa ahkak cakap ni? Hihi. Terlupa pula nak suruh en.suami ambik pic. Nanti la ahkak ambik pic pastu update balik ye. Seluruh rumah kami guna lampu LED termasuk ruang yard dan balkoni. Memang terang dan yang menarik lampu LED tak panas macam lampu biasa, lebih jimat elektrik dan lebih terang. Sekarang ni kipas yang tak beli lagi. Cadang nak letak wall fan di ruang makan dan 1 lagi wall fan di master bedroom. Bilik anak-anak pakai stand fan yang dah sedia ada di rumah sekarang. Kalau ada bajet lebih nak gak tukar kipas di hall ni. Tapi tu kalau ada

DEKO RUMAH BARU PART 1 | CAT RUMAH, KABINET DAPUR DAN LANTAI VINLY

Image
Assalamualaikum. Macam yang ahkak ceritakan semalam pasal rumah baru kami, hari ni nak cerita pasal mengecat rumah. Ye la nak duduk sendiri mesti nak rumah nampak cantik dah kemas. Warna asal dinding rumah ni biru. Dari masuk pintu sampai ke dalam bilik memang biru mata hitamku. Serabut pulak ahkak dengan warna biru seluruh rumah. Ahkak tak tipu, memang dari pintu masuk sampai ke bilik kaler biru. Ruang yang ahkak berdiri tu dapur. Kecik sinonet je. Owner lama tak buat kitchen cabinet. Ni pula walkway ke bilik. Pun biru juga. Ahkak suka design rumah ni sebab ada lorong ke bilik. So ada la privacy sikit. Master bed room agak besar dan selesa. Besar la bagi ahkak untuk saiz rumah apartment  kurang dari 1000sq. Cuma lantai di bilik tidur jenis simen biasa. Penyewa lama guna tikar getah. Jadi kami decide untuk gunakan lantai vinly. Nak tengok ke hasil selepas di cat? Hihi :)  Ok la ahkak share kat uolss ye hasil kerja en.suami. Jenuh juga en.suami nak t