Posts

Si anak bulus

Image
Assalam, Sebenarnya kami ni dulu tak nak bela kucing. Sebab leceh nak handle dia, kena committed kan. Tapi tiga bulan lepas tiba-tiba ada sekor anak kucing dalam umur 6 bulan menyinggah. Jinak sangat dan manja. Jadi kami kasi dia makan. Naurah excited bila ada kucing. Dia namakan Alala. Comel alala ni, kaler putih dan oren. Kami memang lepaskan je alala ni di porch rumah. Tak bagi masuk rumah pun. Bila dah bagi makan, memang kucing tak lari ke mana la. Kebetulan alang pun baru dapat sekor anak kucing juga, kecik sikit dari alala. So berkawan la diorang dua ekor tu.  Alala ni memang manja dengan en.fuad sebab dia yang rajin bagi alala makan. 1 petang bila en.fuad balik dari kerja, dia tak nampak alala. Jenuh dipanggil pun tak datang. Rupanya alala mati di langgar kereta. Sedihnya la hai. Bila dah mula sayang, dia pula pergi.  Naurah asik bertanya je tentang kucing. Jadi en.fuad janji nak gantikan yang baru. Lepas tu beria la beli sangkar. Beberapa minggu lepas tu, alhamdulill

Salad | Cabaran kurus menjelang raya

Image
Assalam, Sejak dua menjak nak ala-ala diet ni, kerap la juga saya makan salad as dinner. Konon-konon eat clean la. Ni antara salad yang saya buat. Egg Salad  Bahan:  Mix salad 2 biji telur Tomato cherry Sekeping roti Tomato sos Cili sos Mayonis Roti tu potong kecil dan toast kan. Sedap bila makan dengan salad.  Grill Chicken Salad Bahan:  Mix salad Ayam bahagian dada Serbuk blackpepper Sedikit garam Minyak zaitun Cara: Perap ayam dengan serbuk blackpepper dan garam selama sejam. Patutnya ayam ni di roasted terlebih dulu baru di potong. Tapi en.suami saya  rajin, dia potong siap-siap ayam tu. Jadi instead of roasted, saya grill kan je  menggunakan non stick pan. Kali ni tak letak sebarang sos dan mayonis, tapi saya letak minyak zaitun dan  sedikit garam sebagai perisa.  Cabaran nak kurus ni bukan mudah. Kalau buat sorang-sorang susah nak berjaya. Jadi saya dan kawan-kawan buat whatsapp group untuk challe

Wordless Wednesday

Assalam, Tadi saya attend writing class conduct by our consultant, tapi more on sharing session. En Rashid, our consultant advise untuk rajin menulis. Katanya kebolehan menulis bukan dari bakat, tapi kena rajin membuat latihan. Maknanya kena kerap menulis. Untuk mendapatkan hasil penulisan yang baik pula kena banyak membaca. Saya akui, saya sudah mula kurang membaca. Padahal saya minat membaca. Saya juga minat menulis. Itu salah satu sebab utama saya membuat blog ini. Untuk mengarang dan speak out my mind. Disebabkan kurang membaca, kurang fokus pada isu semasa membuatkan saya hilang idea untuk menulis.  Writing was my passion. Masa saya remaja, saya pernah menghasilkan cerpen. Tapi untuk bacaan sendiri. Saya pernah bagi alang baca, katanya agak menarik dan dia minta saya teruskan lagi. Tapi saya tak pernah teruskan.  Ohh ye, bagi yang pernah membaca post saya yang terdahulu, mungkin hairan kenapa saya menggunakan saya sebagai ganti nama diri untuk post ini. Dulu saya senang

Boboiboy The Movie

Assalam, Sebenarnya dah lama berjanji dengan naurah nak bawak dia pegi tengok wayang. So tiap-tiap minggu la dia duk bertanya bila nak pegi tengok wayang. Bila Boboiboy the movie mula ditayangkan, lagi la rancak pertanyaan dari naurah. Jadi, sebagai mama yang menepati janji, semalam aku pun tunaikan la impian naurah ni.  Tu pun tak plan nak ke wayang mulanya. Tapi pagi semalam bila en.fuad cakap dia nak ke Aeon AU2, so otak mama pun terus bergeliga. Cepat-cepat google TGV dan tengok waktu tayangan di Aeon AU2. Nasib kami baik, ada 2 seat kosong di belakang sekali untuk tayangan jam 3.15 petang. Tangan terus gatai tekan booking. Pastu baru la discuss dengan en.fuad. Dia ok, tapi dia tak nak join masuk dalam wayang. Takpe la, mama dengan naurah pun ok. Memula angkut athmar masuk dalam wayang sama. Tapi baru sekerat cerita mula, dia dan sibuk nak bermain. Memang tak tenang mama nak tengok. Terus call en.fuad dan pass athmar pada dia. Haaa baru mama boleh tengok wayang dengan tenang

Kelebihan menyimpan emas

Image
Assalam, Kali ni nak share tentang kelebihan menyimpan emas. Kita semua tau, harga emas semakin hari semakin meningkat. Kalau dulu, harga emas 1g RM24 ringgit, tapi sekarang harga 1g emas 916 adalah RM189. Jauh betul bezanya kan. Jadi dari sini kita dapat melihat betapa tingginya nilai emas.  Kenapa perlu menyimpan emas? Apa kelebihannya?  Macam yang aku katakan tadi, harga emas semakin hari semakin meningkat. Kalau wang kertas, kita simpan sekeping duit RM50 tahun ini, lagi 10 tahun ianya masih sekeping RM50, yang nilai kuasanya semakin mengecil. Ingat kembali, apa yang boleh kita beli dengan RM50 pada 20 tahun dahulu? Dan bandingkan dengan apa yang boleh kita beli dengan RM50 sekarang.  Manakala harga emas 1g pada hari ini adalah RM189, dan dijangka akan mencecah sehingga RM505 menjelang tahun 2020. Lagi 4 tahun je lagi. Kira la berapa banyak keuntungan yang bakal diperolehi oleh penyimpan emas.  Kalau dahulu, nak beli emas agak susah memandangkan terpaksa membeli

Athmar, Influenza B dan Hospital Pantai Ampang

Image
Assalam, Awal-awal tahun lagi dah kene ambik cuti panjang. Seminggu lepas naurah demam masa minggu birthday dia, athmar pula demam. Dah memang boleh expect la sebab biasa jadi cmni. Lepas sorang mesti sorang lagi tak sihat.  Athmar demam agak teruk. Suhu cecah sampai 38.9, kadang-kadang sampai 39. Lepas kasi ubat pun tak surut. Dengan selsema teruk, meleleh-leleh hingus dia. Masuk hari ke 4 pun macam tu lagi, so pagi jumaat kami bawa dia ke KPJ Ampang Putri untuk buat blood test. Darah clear, tapi ada virus Influenza B. Sebab tu demam dia tak surut-surut. Memula dengar influenza B ni, suspend juga la ingatkan H1N1. Rupanya H1N1 ni adalah Influenza A, yang B ni pulak hanya la virus selsema biasa. Tapi akan menyebabkan demam naik tinggi hingga boleh cecah 41. Simptomnya adalah demam selsema yang berlarutan. Agak bahaya jika dibiarkan terutama untuk kanak-kanak.  Sepatutnya athmar kene warded pagi tu. Tapi wad kanak-kanak penuh. Terlalu ramai yang sakit, musim la katakan. So do

Marsya Naurah 6 tahun

Image
Assalam, Naurah dah genap 6 tahun pada 17 Febuari lepas. Sebab tarikh ni jatuh pada hari sekolah, kami celebrate di sekolah naurah. Sama macam tahun lepas. Dan macam tahun lepas juga, naurah tak sihat pada hari kejadian. Tahun ni special sikit sebab aku bake sendiri kek untuk birthday naurah. Memang memula dah terfikir nak buat sendiri since duk rajin baking lately ni. Pastu en.fuad pun suruh buat sendiri. So ok la. Memula plan hari sabtu sebelum hari kejadian nak keluar beli bahan, tapi naurah pulak demam. Jadi hari isnin baru la kelam kabut nak settle semua goodies dan bahan utk kek. Macam biasa, ke Mr.Diy la kami mencari goodies dan party pack. Goodies bag tahun ni di isi dengan 1 coloring book, 1 swiss cake london roll dan 1 belon.  Aku memang takan isi dengan jajan mengarut dan party pack yang kurang praktikal.  Menu kali ini adalah bihun goreng (tempah), 2 jenis air kotak (soya dan lemon tea), nugget yang di goreng sendiri pada pagi kejadian dan 2 jenis k