Posts

Showing posts with the label sweet tooth

Marsya Naurah 6 tahun

Image
Assalam, Naurah dah genap 6 tahun pada 17 Febuari lepas. Sebab tarikh ni jatuh pada hari sekolah, kami celebrate di sekolah naurah. Sama macam tahun lepas. Dan macam tahun lepas juga, naurah tak sihat pada hari kejadian. Tahun ni special sikit sebab aku bake sendiri kek untuk birthday naurah. Memang memula dah terfikir nak buat sendiri since duk rajin baking lately ni. Pastu en.fuad pun suruh buat sendiri. So ok la. Memula plan hari sabtu sebelum hari kejadian nak keluar beli bahan, tapi naurah pulak demam. Jadi hari isnin baru la kelam kabut nak settle semua goodies dan bahan utk kek. Macam biasa, ke Mr.Diy la kami mencari goodies dan party pack. Goodies bag tahun ni di isi dengan 1 coloring book, 1 swiss cake london roll dan 1 belon.  Aku memang takan isi dengan jajan mengarut dan party pack yang kurang praktikal.  Menu kali ini adalah bihun goreng (tempah), 2 jenis air kotak (soya dan lemon tea), nugget yang di goreng sendiri pada pagi kejadian dan 2 jenis k