Posts

Showing posts with the label Ceritera Marsya Naurah

Ceritera Sabtuday

Image
Assalamualaikum, 2018. Alhamdulillah genap setahun proses pembelian rumah. Dan kami telah berpindah ke rumah sendiri pada penghujung oktober lepas. Renung kembali ketika mula mencari rumah, banyak juga cabaran yang kami hadapi. Dari pemilihan kawasan, harga rumah, permohonan loan, urusan perundangan, baikpulih rumah dan perpindahan hingga hampir stress juga la. Mananya tak stress sebab kami berpindah ketika ahkak berpantang. Setelah semuanya selesai, memang lega sangat. Kalau di ingat kembali beberapa tahun sebelum, memang tak termimpi kami mampu memiliki sebuah rumah di kawasan ampang. Malah tak menyangka langsung akan membeli rumah. Faham je la harga rumah di bandar, memang jauh diluar kemampuan. Namun Allah telah menulis rezeki setiap dari kita. Hanya yang perlu kita lakukan adalah berusaha dan meminta dariNYA. 2017 telah berlalu, 2018 pasti membawa pelbagai cabaran lagi. Harga barangan terus naik, kos hidup pasti akan terus meningkat. Jangan

Boboiboy The Movie

Assalam, Sebenarnya dah lama berjanji dengan naurah nak bawak dia pegi tengok wayang. So tiap-tiap minggu la dia duk bertanya bila nak pegi tengok wayang. Bila Boboiboy the movie mula ditayangkan, lagi la rancak pertanyaan dari naurah. Jadi, sebagai mama yang menepati janji, semalam aku pun tunaikan la impian naurah ni.  Tu pun tak plan nak ke wayang mulanya. Tapi pagi semalam bila en.fuad cakap dia nak ke Aeon AU2, so otak mama pun terus bergeliga. Cepat-cepat google TGV dan tengok waktu tayangan di Aeon AU2. Nasib kami baik, ada 2 seat kosong di belakang sekali untuk tayangan jam 3.15 petang. Tangan terus gatai tekan booking. Pastu baru la discuss dengan en.fuad. Dia ok, tapi dia tak nak join masuk dalam wayang. Takpe la, mama dengan naurah pun ok. Memula angkut athmar masuk dalam wayang sama. Tapi baru sekerat cerita mula, dia dan sibuk nak bermain. Memang tak tenang mama nak tengok. Terus call en.fuad dan pass athmar pada dia. Haaa baru mama boleh tengok wayang dengan tenang

Taman Burung Kuala Lumpur

Image
Assalam, Ni pun entry tertangguh. Masa cuti CNY hari tu. Balik dari FRIM, naurah ajak pegi berjalan lagi esok. Tetiba dia ajak ke Taman Burung. Memang dah lama niat nak bawak dia ke sana. Tapi asik tertangguh je. So bila dia duk merayu nak pegi, mama turutkan la. Sebelum pegi google dulu harganya. Harga tiket seperti di bawah. Nasib baik google dulu. Baru tau besar rupanya bird park ni. Jadi kena la standby stroller juga sebab naurah sure tak larat berjalan.  Kami bertolak lebih kurang jam 9.00 pagi. Aku goreng cucur bilis dulu pagi tu untuk kudap-kudap nanti. Make sure bawak bekal air secukupnya ok. Harga mineral dalam bird park tu RM5 botol 500ml. T___T Kami bawak 2 botol air besar pun habis airnya. Cuaca pulak panas. So make sure juga pakai sunblock hokey.  Taman burung ni terletak di area masjid negara. Senang je nak carinya. Tapi kalau tak biasa dalam area tu, boleh sesat juga mencari. Kami sampai agak awal, jadi senang juga nak mencari parking. Tips, seeloknya pe

Piknik di FRIM

Image
Assalam, Ni cerita masa cut raya cina hari tu. Bapak lama baru nak share. Plan asal nak ke langkawi, tapi cancel. Masih ada halangan lagi. So bila cuti panjang, tapi tak pegi mana jom kita cari aktiviti untuk anak-anak.  Seumur hidup aku, ni kali pertama ke FRIM. Tu pun lepas kawan en.fuad bagi tau dalam FRIM ada waterfall, boleh bawak anak-anak mandi manda.  So malam sebelum kejadian, aku masak sardin untuk di makan bersama nasi nanti. Bajet, mesti anak-anak kelaparan lepas berendam nanti. Pagi-pagi subuh tu aku masak nasi dan buat sandwish telur. Buat kudap-kudap nanti. Memang bersemangat dan excited nak pegi piknik Buat yang tak tau, FRIM tu terletak di Kepong. Cara paling senang nak ke sana melalui MRR2. Ada signboard, follow je. Nak lagi senang waze je. Nak masuk ke FRIM kene bayar RM5 untuk sebuah kereta, dan RM1 seorang. Kanak-kanak free je. Selain berpiknik, banyak lagi aktiviti yang boleh korang lakukan di sana. Korang boleh sewa basikal, berjogging, jungle trac

Hari Keluarga Saujana Group | PNB Ilham Resort

Image
Assalam, Saujana Group ni company tempat en.fuad bekerja sekarang. Family day ni sebenarnya 2 minggu lepas punya cerita. Hari ni baru ada masa nak up story. Buat di PNB Ilham Resort Port Dickson pada 9 - 10 Januari 2016. Ini kali pertama aku menginap di sini.  Kami bertolak dari rumah jam 8.30 pagi. Niat hati nak bangun awal dan sediakan snack sikit untuk ke sana. Tapi pagi tu aku terbangun lewat pulak. Mula la kelam kabut menyiapkan anak-anak. Kami ke opis en.fuad dulu di Balakong sebab semua staff akan berkonvoi bersama. Sampai di opis dalam pukul 9 pagi, still takde sesiapa yang sampai lagi. Hampir jam 10 kami semua mula bertolak ke PD dan sampai lebih kurang jam 11.30 pagi. Disebabkan masih awal, kami cuma dapat 1 bilik je dulu iaitu bilik bos en.fuad, en. wan.  Bilik en.wan ni jenis apartment 3 bilik. Memang sangat luas dan di tingkat bawah. Ada balkoni dan boleh keluar melalui balkoni tersebut. Jadi semua pakat berkumpul di depan bilik tu sambil makan. Macam-macam maka

December Trip | Allson Klana Resort Seremban

Image
Assalam, Jom sambung cerita percutian kami december lalu. Lepas bershopping di MPO, kami terus bergerak menuju ke seremban. Sebelum tu cadang nak cari makanan dulu sebab tak makan lagi. Anak-anak ok la dah makan spageti tadi. Tapi food court di MPO kurang menarik, jadi kami terus melangkah pergi sambil menahan lapar. Mujur ada spageti lagi dan sandwich yang aku buat, cukup la buat kami lapik perut. Dari MPO ke Allson Klana tak jauh, lebih kurang 45 minit perjalanan. Nak mencari hotel tu pun tak susah sebab berpandukan Waze. Kalau tak, mungkin sesat juga. Sebelum sampai di hotel, ada food court berdekatan, jadi kami singgah dan makan dulu.  Sesampai di hotel, aku terus ke kaunter reception untuk check in. Kali ni tak booking dari web, tapi terus melalui hotel. Tengah promosi masa ni, ambik bilik family cuma RM170nett dapat breakfast untuk 2 dewasa. Murah juga la kan.  Sementara mama settlekan urusan bilik, anak-anak tunggu di sana dulu ye. Family room, ada 1 katil