Posts

Showing posts from June, 2016

Dhuha

Image
Assalam, Beberapa hari lepas ketika saya hendak masuk ke surau untuk solat dhuha, ada seorang rakan ternampak dan menegur, 'rajinnya'. Saya terdiam, tidak tahu untuk berkata apa-apa. Jujurnya ketika mula-mula ingin menjadikan solat dhuha satu amalan, saya terasa malu. Malu kalau dikatakan alim. Pelik bukan. Sedangkan di pejabat ini memang ramai yang bersolat dhuha.  Saya mulakan dengan hidup saya sebelum ini. Memang saya pernah jahil. Walaupun ayah dan emak menitik beratkan soal solat, namun saya sering mengabaikannya. Astaghfirullah... Jahilnya saya.  Berbalik pada kisah dhuha, saya bukan mahu menjadi alim. Tapi saya mahu perbaiki diri saya. Bila fikir tentang malu, untuk apa malu pada manusia. Seharusnya saya lebih malu pada Allah. DIA memberi saya terlalu banyak nikmat, tapi sukarnya saya sujud padaNYA. Allahu Akhbar.  Gambar dari OraObah.blogspot.com Insha allah, saya ingin menjadikan dhuha sebagai amalan wajib saya. Begitu juga dengan solat-solat s