Posts

Showing posts from March, 2016

Boboiboy The Movie

Assalam, Sebenarnya dah lama berjanji dengan naurah nak bawak dia pegi tengok wayang. So tiap-tiap minggu la dia duk bertanya bila nak pegi tengok wayang. Bila Boboiboy the movie mula ditayangkan, lagi la rancak pertanyaan dari naurah. Jadi, sebagai mama yang menepati janji, semalam aku pun tunaikan la impian naurah ni.  Tu pun tak plan nak ke wayang mulanya. Tapi pagi semalam bila en.fuad cakap dia nak ke Aeon AU2, so otak mama pun terus bergeliga. Cepat-cepat google TGV dan tengok waktu tayangan di Aeon AU2. Nasib kami baik, ada 2 seat kosong di belakang sekali untuk tayangan jam 3.15 petang. Tangan terus gatai tekan booking. Pastu baru la discuss dengan en.fuad. Dia ok, tapi dia tak nak join masuk dalam wayang. Takpe la, mama dengan naurah pun ok. Memula angkut athmar masuk dalam wayang sama. Tapi baru sekerat cerita mula, dia dan sibuk nak bermain. Memang tak tenang mama nak tengok. Terus call en.fuad dan pass athmar pada dia. Haaa baru mama boleh tengok wayang dengan tenang

Kelebihan menyimpan emas

Image
Assalam, Kali ni nak share tentang kelebihan menyimpan emas. Kita semua tau, harga emas semakin hari semakin meningkat. Kalau dulu, harga emas 1g RM24 ringgit, tapi sekarang harga 1g emas 916 adalah RM189. Jauh betul bezanya kan. Jadi dari sini kita dapat melihat betapa tingginya nilai emas.  Kenapa perlu menyimpan emas? Apa kelebihannya?  Macam yang aku katakan tadi, harga emas semakin hari semakin meningkat. Kalau wang kertas, kita simpan sekeping duit RM50 tahun ini, lagi 10 tahun ianya masih sekeping RM50, yang nilai kuasanya semakin mengecil. Ingat kembali, apa yang boleh kita beli dengan RM50 pada 20 tahun dahulu? Dan bandingkan dengan apa yang boleh kita beli dengan RM50 sekarang.  Manakala harga emas 1g pada hari ini adalah RM189, dan dijangka akan mencecah sehingga RM505 menjelang tahun 2020. Lagi 4 tahun je lagi. Kira la berapa banyak keuntungan yang bakal diperolehi oleh penyimpan emas.  Kalau dahulu, nak beli emas agak susah memandangkan terpaksa membeli

Athmar, Influenza B dan Hospital Pantai Ampang

Image
Assalam, Awal-awal tahun lagi dah kene ambik cuti panjang. Seminggu lepas naurah demam masa minggu birthday dia, athmar pula demam. Dah memang boleh expect la sebab biasa jadi cmni. Lepas sorang mesti sorang lagi tak sihat.  Athmar demam agak teruk. Suhu cecah sampai 38.9, kadang-kadang sampai 39. Lepas kasi ubat pun tak surut. Dengan selsema teruk, meleleh-leleh hingus dia. Masuk hari ke 4 pun macam tu lagi, so pagi jumaat kami bawa dia ke KPJ Ampang Putri untuk buat blood test. Darah clear, tapi ada virus Influenza B. Sebab tu demam dia tak surut-surut. Memula dengar influenza B ni, suspend juga la ingatkan H1N1. Rupanya H1N1 ni adalah Influenza A, yang B ni pulak hanya la virus selsema biasa. Tapi akan menyebabkan demam naik tinggi hingga boleh cecah 41. Simptomnya adalah demam selsema yang berlarutan. Agak bahaya jika dibiarkan terutama untuk kanak-kanak.  Sepatutnya athmar kene warded pagi tu. Tapi wad kanak-kanak penuh. Terlalu ramai yang sakit, musim la katakan. So do

Marsya Naurah 6 tahun

Image
Assalam, Naurah dah genap 6 tahun pada 17 Febuari lepas. Sebab tarikh ni jatuh pada hari sekolah, kami celebrate di sekolah naurah. Sama macam tahun lepas. Dan macam tahun lepas juga, naurah tak sihat pada hari kejadian. Tahun ni special sikit sebab aku bake sendiri kek untuk birthday naurah. Memang memula dah terfikir nak buat sendiri since duk rajin baking lately ni. Pastu en.fuad pun suruh buat sendiri. So ok la. Memula plan hari sabtu sebelum hari kejadian nak keluar beli bahan, tapi naurah pulak demam. Jadi hari isnin baru la kelam kabut nak settle semua goodies dan bahan utk kek. Macam biasa, ke Mr.Diy la kami mencari goodies dan party pack. Goodies bag tahun ni di isi dengan 1 coloring book, 1 swiss cake london roll dan 1 belon.  Aku memang takan isi dengan jajan mengarut dan party pack yang kurang praktikal.  Menu kali ini adalah bihun goreng (tempah), 2 jenis air kotak (soya dan lemon tea), nugget yang di goreng sendiri pada pagi kejadian dan 2 jenis k

Taman Burung Kuala Lumpur

Image
Assalam, Ni pun entry tertangguh. Masa cuti CNY hari tu. Balik dari FRIM, naurah ajak pegi berjalan lagi esok. Tetiba dia ajak ke Taman Burung. Memang dah lama niat nak bawak dia ke sana. Tapi asik tertangguh je. So bila dia duk merayu nak pegi, mama turutkan la. Sebelum pegi google dulu harganya. Harga tiket seperti di bawah. Nasib baik google dulu. Baru tau besar rupanya bird park ni. Jadi kena la standby stroller juga sebab naurah sure tak larat berjalan.  Kami bertolak lebih kurang jam 9.00 pagi. Aku goreng cucur bilis dulu pagi tu untuk kudap-kudap nanti. Make sure bawak bekal air secukupnya ok. Harga mineral dalam bird park tu RM5 botol 500ml. T___T Kami bawak 2 botol air besar pun habis airnya. Cuaca pulak panas. So make sure juga pakai sunblock hokey.  Taman burung ni terletak di area masjid negara. Senang je nak carinya. Tapi kalau tak biasa dalam area tu, boleh sesat juga mencari. Kami sampai agak awal, jadi senang juga nak mencari parking. Tips, seeloknya pe

Piknik di FRIM

Image
Assalam, Ni cerita masa cut raya cina hari tu. Bapak lama baru nak share. Plan asal nak ke langkawi, tapi cancel. Masih ada halangan lagi. So bila cuti panjang, tapi tak pegi mana jom kita cari aktiviti untuk anak-anak.  Seumur hidup aku, ni kali pertama ke FRIM. Tu pun lepas kawan en.fuad bagi tau dalam FRIM ada waterfall, boleh bawak anak-anak mandi manda.  So malam sebelum kejadian, aku masak sardin untuk di makan bersama nasi nanti. Bajet, mesti anak-anak kelaparan lepas berendam nanti. Pagi-pagi subuh tu aku masak nasi dan buat sandwish telur. Buat kudap-kudap nanti. Memang bersemangat dan excited nak pegi piknik Buat yang tak tau, FRIM tu terletak di Kepong. Cara paling senang nak ke sana melalui MRR2. Ada signboard, follow je. Nak lagi senang waze je. Nak masuk ke FRIM kene bayar RM5 untuk sebuah kereta, dan RM1 seorang. Kanak-kanak free je. Selain berpiknik, banyak lagi aktiviti yang boleh korang lakukan di sana. Korang boleh sewa basikal, berjogging, jungle trac