Boboiboy The Movie

Assalam,

Sebenarnya dah lama berjanji dengan naurah nak bawak dia pegi tengok wayang. So tiap-tiap minggu la dia duk bertanya bila nak pegi tengok wayang. Bila Boboiboy the movie mula ditayangkan, lagi la rancak pertanyaan dari naurah. Jadi, sebagai mama yang menepati janji, semalam aku pun tunaikan la impian naurah ni. 

Tu pun tak plan nak ke wayang mulanya. Tapi pagi semalam bila en.fuad cakap dia nak ke Aeon AU2, so otak mama pun terus bergeliga. Cepat-cepat google TGV dan tengok waktu tayangan di Aeon AU2. Nasib kami baik, ada 2 seat kosong di belakang sekali untuk tayangan jam 3.15 petang. Tangan terus gatai tekan booking. Pastu baru la discuss dengan en.fuad. Dia ok, tapi dia tak nak join masuk dalam wayang. Takpe la, mama dengan naurah pun ok. Memula angkut athmar masuk dalam wayang sama. Tapi baru sekerat cerita mula, dia dan sibuk nak bermain. Memang tak tenang mama nak tengok. Terus call en.fuad dan pass athmar pada dia. Haaa baru mama boleh tengok wayang dengan tenang. 

Seriously aku memang kagum dengan movie ni. Best ok. Terbahak-bahak aku gelak. Walaupun aku tak penah ikuti siri boboiboy di TV, tapi movie ni memang terbaik. Daripada awal sampai habis asik tergelak je. Apahal dengan papa zola tu, lawak ok. Tolong jangan kasi aku jumpa dengan manusia macam papa zola tu. Boleh putus urut kentut aku nanti. 

Tahniah pada produksi filem animasi boboiboy the movie, korang berjaya mengangkat kualiti kartun malaysia hampir setanding dengan filem animasi Hollywood. 

Kalau korang belum menonton lagi cerita ni, sila pegi bawak anak-anak tonton. Memang tak terasa rugi langsung. Aku tak nak tulis sipnosis sebab nanti tak trill la untuk korang menonton. Hehehee


Love, 
mama mar 

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato

Smart Reader Kids