Posts

Showing posts from November, 2015

Resepi Nasi Ayam

Image
Assalam, Siapa suka nasi ayam? Gila siapa tak suka nasi ayam. Ramai orang suka nasi ayam. Cheh berapa banyak nasi ayam aku nak tulis ni. Hari jumaat lepas aku cuti. Cuti peristiwa kaedahnya. So bila bercuti mari kita memasak. Pikir punya pikir, aku rasa nak masak nasi ayam, sebab aku suka nasi ayam. So ambik resepi dari kak Azie kitchen . Cuma aku derhaka resepi sikit.  Untuk Ayam Halia Bawang merah  Bawang putih Sos tiram Kicap manis Kicap masin Madu Blend halia, bawang merah dan bawang putih. Kemudian perap ayam bersama sos tiram, kicap manis, kicap masin dan madu. Semua main agak-agak je kuantitinya.  Untuk Sup Bawang putih Bawang merah Halia Ayam bahagian tulang 1 kiub ayam Knorr Garam Gula Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah di blend. Make sure buat kuah banyak sebab sup akan di gunakan untuk masak nasi, sambal cili dan kicap.  Untuk Nasi  *Mentega *Bawang merah *Bawang putih *Halia *Kunyit hidu

Sustained Release Vita C 500mg

Image
Assalam, Hari ni nak bercerita tentang Sustained Release Vita C 500mg Shaklee.  Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid yang juga dikenali sebagi Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. Manafaat Utama: Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar. Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan si

Kenapa wanita memilih untuk bekerja

Assalam, Hari ni terasa macam nak membebel sikit. Pasal kenapa wanita bekerja. Bukan apa, bila terjadi kes-kes penderaan kanak-kanak di taska, atau ada berlaku kematian di taska, ramai yang menyalahkan si ibu yang bekerja. Kononnya sibuk nak bekerja hingga sanggup hantar anak yang masih kecil ke taska. Habis tu kalau tak hantar ke taska / pengasuh, takan la nak tinggal anak tu sorang-sorang dekat rumah..!! Tak sayang anak ke??  Persoalan ini yang selalu di perkatakan. Cik jenab oiii, siapa yang tak sayang anak. Dah di kandung sembilan bulan, dengan menanggung sakit pening. Nak beranak tu bukan senang. Bertarung nyawa tau tak. Abis tu takkan la sebab si ibu ni nanti kembali bekerja nak di label sebagai tak sayangkan anak. Sempit sangat fikiran tu. Tanya la ibu-ibu yang bekerja, apa yang diorang rasa masa hari pertama nak kembali bekerja lepas cuti berpantang. Memang semuanya mengalir air mata bila hantar anak ke tangan orang lain ok. Kami, ibu yang bekerja ni kalau boleh mema

Make up asas yang perlu ada bagi setiap wanita

Image
Assalam, Lama aku tak bersiaran. Bizi sikit plus dengan takde mood nak menulis. Beberapa minggu lalu aku tak sihat. Demam, selsema, sakit badan.. Kira pakej hampir lengkap la.  Ok, tengok balik pada tajuk. Hari ni nak cerita pasal make up. Wanita dan make up memang tak dapat dipisahkan. Eh kejap, ada wanita yang tak suka bermake up ye. Tak pe, baca juga ok.  Sebagai seorang wanita yang bekerjaya, aku memang memakai make up setiap hari. Mesti korang fikir leceh betul la nak mengadap cermin berjam-jam setiap hari. Ehh silap, aku hanya bermake up simple yang cuma ambil masa lebih kurang 10 minit je setiap pagi.  Sebelum tu, meh intai set asas make up yang wajib ada bagi setiap wanita.  Ni je jumlah make up yang aku ada dan usung ke hulu ke hilir. Abaikan 3 pensil kontot tu. Dah lama gila tak membeli eyebrow dan eyeliner. Sebenarnya sebelum ni ada beli beberapa eyebrow dan eyeliner, tapi macam tak best pakai. So aku pakai balik yang lama ni. Nak beli baru, tapi dah