Secebis kisah raya

Assalam,

Hari ni baru kesempatan nak update kisah raya kami. Dah 13 syawal dah ni. Kemain efisyen lagi kau mar. Tahun ni giliran beraya di bagan lalang. Bergerak balik bagan lalang malam khamis sebab aku kerja lagi. Nak ambik cuti tapi macam sayang je sebab khamis tu kerja separuh hari je. Tak sampai separuh pun, pukul 11 lebih aku dah balik. Singgah Masjid Jamek kejap nak beli tudung. Dalam otak dah plan nak beli 2, 3 helai, tapi last-last beli sehelai je tu pun untuk emak. Anak-anak di rumah En. fuad jaga. Merasa la dia jaga athmar sorang-sorang. Baru tau susah ke senang.

Sebab kami balik lambat, maka tak dapat la menolong mak ayah memasak. Ni pic yang alang hantar dari whatsapp. Ayah kalau memasak banyak-banyak memang suka masak kat luar. Lagi tambah feel katanya. Tapi takde la pakai dapor kayu. Tu tengah tanak ketupat pulut dan rendang daging in the making. Fuhh memang sedap. Tapi sebab ulser sepanjang raya hari tu, maka aku makan pun tak puas la. Teringat-ingat sampai hari ni.


Pagi raya macam biasa, bangun awal pagi mandi sunat aidilfitri. Pastu sebelum anak-anak bangun, siap-siap kat dapur. Tahun ni mak buat ketupat palas, ayah pulak masak rendang. Pastu along dan adik ada beli lemang. Semua ni memang menu wajib hari raya la kan. Lain-lain yang special takde lagi. Sebab selalu raya pertama kami keluar beraya.

Dalam duk riuh-riuh di dapur dengan alang dan kak lin, sambil mencekek, dengar suara naurah dan athmar bangun.  So siapkan la anak-anak ni pulak. Kesian athmar selsema teruk pagi raya tu. Meleleh je hingus dia.

Bila kaum suami dan emak balik dari masjid, diorang makan dulu sebelum kami memulakan acara wajib iaitu bersalaman. Itu memang tradisi keluarga kami dari zaman kecik-kecik dulu sampai la sekarang dah beranak pinak ni. Mesti beratur salam sorang-sorang dari yang paling tua ke yang paling muda. Time ni la keluar semua drama air mata. Teringat banyak sangat buat salah kat mak ayah dan en suami. hikhikhik  T__T

Tengok tu betapa kalut masing-masing nak ambik port. Nak susun siapa duduk mana. Gaya macam duk bincang masalah negara je.



Setelah berjaya ambik port masing-masing, moh bersalam. Di mulai dengan along dan family. Pastu aku dan family. Aku kan angah. Masa bersalam ni memang dramatik sikit la. Ayah menangis. Katanya dia sedih bila ingatkan tahap kegarangan dia pada aku dulu. Biasa la anak tengah memang la degil sikit. Tak angah la kalau tak degil. Sumpah dulu ayah memang garang sangat. Tapi tetap ayah penyayang. Suka belikan kitorang macam-macam dan bawak pegi bercuti.

Masa salam mak takde la drama air mata sangat. Sebab mak penyabar tahap dewa. Cuma masa aku peluk mak dan mintak mak doakan kebahagiaan aku dan keluarga dan supaya kami lebih kaya dan berjaya tu aku sebak sikit. Sebab tahun ni tak dapat menyumbang banyak sangat masa raya. Doa mak mustajab tau. Sebab tu sebagai mak, selalu-selalu la doa yang baik-baik untuk anak. 

Lepas semua settle bersalam tetiba mak tanya kat aku, angah dah salam ad ke? Ehh boleh lupa pulak. Hehehe. Terus tarik tangan en.fuad bersalaman dengan dia. 
Ayg mintak maaf zahir dan batin tau. 
ok
Salam pastu cium pipi. 
Petang gaduh balik. Okbai


Gambar orang lain bersalam aku malas letak. Sebab malas nak edit tepek watermark. Kene rajin letak watermark. Ramai orang suka curi gambar. 

Ni dah lepas bersalam. Nampak huru hara kan nak-nak budak-budak. Tengah sibuk dengan duit raya masing-masing la tu. 


Lepas bersalam kami ke laman rumah nak bergambar raya. Beberapa tahun lepas kami bergambar raya di pantai. Memang cantik. Tapi sebab sekarang dah ramai beranak kecik maka bergambar di laman rumah je la. Lagi pun masa tu dah pukul 11 pagi. Matahari dah mencacak atas kepala.


Sehari sebelum raya tu ada beli monopod RM10. Jadi gigih la berselfie ye. Tapi kene kutuk dengan en.fuad pasal beli monopod yang takde shutter. Lantak la janji boleh selfie pakai timer. Sape suruh dia beli henpon takde timer. Pastu kutuk monopod orang. Chaittt


Keluarga besar kami. Alamak tak nampak muka naurah pulak. Kesian dia terselit kat celah mama dan nana. Bila berkumpul macam ni memang meriah sangat-sangat. Alhamdulillah di kurnaikan mak ayah, mak ayah mertua, adik beradik dan ipar duai yang baik dan sporting. Moga ikatan kekeluargaan kita berkekalan selamanya. 



Tu ha cameraman tengah gigih cari angle cantik untuk ambik gambar family. Adik, mana gambar ari tu cepat la kasi.

Ni anak sulung aku yang manja sangat-sangat ni. Kalau ko tak layan dia mula dia keluar ayat sentap dia tu. Mama tak sayang kakak... Mama nak anak sorang je.. Mama sayang adik je... Mama sayang baby je.. 
Dia tak tahu setengah nyawa lahirkan dia, senang-senang pulak mama tak sayang ekk. 



Keluarga kecil aku. Lengkap hidup aku dengan kehadiran mereka semua. En.fuad suami yang penyayang walaupun mulut dia laser dan kuat membebel. Memang perangai sebijik macam perangai ayah. Ingatkan bila dah tak duduk serumah dengan ayah, boleh la kurang dengar bebelan, silap rupanya. Lelaki membebel lagi teruk dari perempuan membebel tau tak. Aku tau sebab aku ada dua orang lelaki hebat dalam hidup aku yang kuat membebel. Hahaha. 


Tahun ni pertama kali aku beraya dengan hanya sepasang baju kurung baru, sehelai tudung baru. Tanpa kasut baru. Selalunya memang akan serba baru dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sebab tahun ni ekonomi kami agak gawat sikit. Company tempat en.fuad bekerja ditutup dengan notis yang sangat singkat. Dua minggu selepas berpuasa baru la en.fuad mula kerja di tempat lain pula. Sebulan tanpa gaji, memang terasa perit juga. Jenuh kami berdikit-dikit berbelanja. Nasib baik baju raya anak-anak semua dah dibeli awal-awal.

Mula-mula aku terfikir juga, macam mana nak beraya ni, baju raya pun sehelai je. Raya ke 2 dan seterusnya nak pakai baju apa. Kasut raya pula macam mana? Takkan nak pakai kasut lama. Perasaan ni berlegar-legar dalam benak fikiran aku. Mungkin selama ini aku terlalu senang. Baju raya berpasang-pasang. Lengkap sampai seminggu beraya berbaju baru. Kasut, handbag dan tudung mesti serba baru. Tahun ni handbag baru pun bukan yang new arrival punya. Beli yang less 60%. Tu pun beli 2 bulan lepas. Bila jadi macam ni aku jadi risau. Risau sangat-sangat sampai tak terasa teruja nak sambut raya.

Tapi aku silap. Memang silap. Walaupun hanya sehelai baju baru, aku masih bergembira di hari raya. Masih boleh berjalan ke sana kemari. Aku lupa aku pakai baju lama bila berjalan-jalan keesokkan harinya. Aku masih boleh bergambar gembira. Masih kelihatan ceria. Masih jelas nampak suasana hari raya tu.

Biar la masih pakai baju lama. Biar lah masih berkasut lama. Biar lah handbag bukan new arrival. Namun keseronokkan beraya tetap sama. Keterujaan beraya masih jelas terasa. Dan tiada siapa yang pertikaikannya.

Seharusnya aku bersyukur masih mampu membeli baju baru. Walau hanya sehelai. Ada insan lain langsung tidak mampu membeli baju baru. Ada insan lain yang langsung tidak dapat menyambut raya bersama keluarga. Sesusah mana pun aku, ramai lagi insan lain yang lebih susah dari aku. Jadi apa yang harus aku runsingkan? Apa lagi yang tidak mahu aku syukurkan. Nikmat Allah mana lagi yang aku nak dustakan. Ya Allah, khilafnya aku. Ampuni aku yang terleka ini.

~ Salam Aidilfitri ikhlas dari kami sekeluarga ~

Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani 
(Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992



Love, 
-mar-

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato

Smart Reader Kids