Resepi berjaya dalam penyusuan susu ibu

Assalam,

Alhamdulillah aku masih berpeluang menyusukan athmar. Dikala usianya menjengah setahun, pengeluaran susu badan aku tidak sebanyak ketika awal berpantang, namun masih mencukupi untuk bekalan seharian athmar. Kali ni aku nak kongsi sikit tips bagaimana nak menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. 

1. Ilmu

Macam nak jadi doktor, arkitek, atau cikgu, kita harus pegi belajar kan. Macam tu juga setiap benda yang kita nak lakukan. Jika tiada ilmu, macam mana kita nak buat sesuatu benda dengan betul. Serupa la dengan penyusuan susu ibu. Memang menyusukan bayi merupakan satu fitrah. Tapi tanpa ilmu macam mana nak teruskan penyusuan selama 2 tahun. Macam mana kita nak berdepan dengan cabaran dalam penyusuan. Jangan ingat menyusukan anak ni senang ye. Banyak cabaran, halangan dan rintangan yang akan / harus kita hadapi. Cabaran yang paling utama adalah bila bayi masih menangis seolah kelaparan setelah disusukan. Sebagai ibu baru, tentu kita akan gelabah bila anak tetap menangis. Tanpa ilmu yang cukup, pasti si ibu akan terus membuat kesimpulan susunya tidak cukup untuk bayinya. Jadi langkah mudah, susu tepung. 

2. Susukan mengikut demand bayi

Bayi baru menyusu tapi masih lagi mahukan susu. Teruskan memberi. Susu ibu cepat hadam berbanding susu formula.Sebab itu bayi yang menyusu badan cepat merasa lapar. Tapi kadang-kadang bayi menangis bukan kerana lapar. Mereka mungkin tidak selesa dengan keadaan, mungkin cuaca terlalu panas atau sejuk, atau mungkin lampin telah penuh. Kadang-kadang mungkin juga bayi anda hanya inginkan dakapan hangat ibunya. Jadi kenali tangisan bayi anda sebelum menggangap mereka kelaparan.

3. Rajin

Nak menyusu badan tapi terasa leceh perlu mengepam? Jangan begitu. Mengepam secara konsisten boleh mengekalkan kuantiti susu. Ingat konsep Demand VS Supply? Selagi kita boleh maintain demand maka kita boleh maintain supply. Ramai antara ibu-ibu yang gagal dalam penyusuan susu ibu kerana mereka malas mengepam setelah kembali bekerja. Memang benar rutin tersebut agak melecehkan. Namun hasilnya tidak boleh di nilai dengan wang ringgit. Tidak salah bersusah payah demi bayi kita kan. Bukankah susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.

3 perkara di atas adalah resipi utama untuk berjaya. Selain faktor di atas, sokongan daripada keluarga terutama suami amat diperlukan. Beri sokongan moral kepada isteri anda. Mereka cuba buat yang terbaik untuk anak anda.

Buat ibu-ibu baru, jangan stress bila susu sedikit di awal kelahiran. Teruskan menyusukan bayi anda. Kuantiti susu akan bertambah hari ke hari. Lebih banyak anda menyusukan bayi, lebih banyak susu akan terhasil.

=====================================================================

Setelah bersalin dan kemudian menyusukan bayi, wanita banyak kehilangan zat mineral dan vitamin dalam badan mereka. Ini kerena semua zat mineral di serap oleh bayi ketika di dalam kandungan dan di serap ke dalam air susu ibu. Ini menyebabkan ibu-ibu menjadi cepat lesu dan kelihatan tidak bermaya. Makanan tambahan boleh membantu mengekalkan kandungan zat mineral yang diperlukan oleh tubuh. Wanita yang mengadung dan menyusukan sememangnya digalakkan untuk mengambil makanan tambahan bagi mengelakkan mereka mudah jatuh sakit akibat kekurangan vitamin dalam badan. Anda boleh dapatkan set penyusuan shaklee dengan klik di gambar bawah atau melalui whatsapp 018-2684992 atau PM di d.ni vitamin sihat emall


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=61180d33250addaa3b07e23e110c04f4



Love,
Mar



Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992



Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato