Posts

Showing posts from December, 2014

Sesi dubbing suara di Karnival Upin Ipin

As-salam, Masa karnival Upin Ipin hari tu, aku tak dapat pegi. Tapi alang dengan hubby dia pegi. Bawa naurah sekali. Baik kan adik aku ni. Terima kasih ye layan naurah. Cayang korang. Masa kat sana, alang kata diorang masuk la hall yang buat ala-ala studio dubbing suara. So naurah pun cuba jugak. Alahai comel je aku tengok anak aku ni.  Ni hasil daripada sesi dubbing tu. Rasa-rasa macam boleh pegi jauh ni. So kalau rasa-rasa berminat nak gunakan suara naurah untuk cerita animasi, atau berminat nak ambik naurah berlakon boleh contact aku yer.. Hahahahah Luv, mama mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Mencari bahagia

As-salam, Dulu saya fikir bila banyak duit, maka saya akan bahagia. Tapi saya jauh tersasar. Sebenarnya, kita kena happy dulu, baru duit akan datang. Kerana emosi kita menentukan tindakan kita. Tindakan kita masa happy, tak sama dengan tindakan kita masa kita murung. Persoalannya bagaimana nak happy? Jawapannya ada disebut dalam Al-quran berkali-kali. Jawapannya adalah dengan bersyukur. Bila kita bersyukur, bermaksud kita berterima kasih dan fokus pada apa yang kita ada sekarang. Kita bersyukur kita masih ada tangan sedangkan ramai orang tiada tangan. Kita bersyukur kita dapat melihat sedangkan ramai orang yang buta. Kita bersyukur kita masih mendapat gaji sedangkan ramai yang hilang punca pencarian Bila kita menghargai apa yang kita ada, kita akan lupa apa yang kita tiada. Jangan fokus pada tiada duit, tiada itu, tiada ini. Sedangkan kita sudah ada banyak benda yang kita tak sedari. Lepas bersyukur, kita akan rasa lebih bahagia. Bila sudah ba

Herbal Blend Multi Purpose Cream

Image
As-salam. Nak share 1 krim yang best ni. Memang organic. So korang tak payah risau dengan kandungan kimia ke paraben ke apa ke sebab memang 100% di jamin organik. Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Krim ni sesuai digunakan dari peringkat umur dewasa hingga lah bayi. Kalau anak-anak ada masalah eczema, boleh sapukan krim ni. Tak payah pening-pening pikir nak cari krim apa untuk anak. Hanya RM27.50 untuk 1 tiub 4oz. Kecil dan ringan mudah untuk di bawa kemana-mana. Krim yang wajib ada dalam handbag setiap ibu-ibu. Just PM / SMS / WA untuk order. Boleh juga terus click sini untuk order. Luv, mar Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078) Facebook : d.ni.vitaminsihat Whatsapp : 018-2684992

Borak petang jumaat

Image
As-salam, Seronok betul dah jumaat. Hari ni nak balik bagan lalang. Dah lama kot tak balik sana. Adik beradik lain pun balik juga minggu ni. So seronok la dapat berkumpul semua adik beradik. Bila dah besar ni, memang jarang sangat dapat berkumpul. Masing-masing sibuk kan. Nanti anak masing-masing dah besar lagi la payah nak berhimpun semua sekali. Rabu hari tu aku bagi tau pasal nak berebut slot SCC snuggbaby kan. Punya la beria aku menunggu depan pc dari jam 2.45 petang. Tepat pukul 3 dapat masuk slot, add to cart, lepas tu isi details. Sekali time nak check out tup..tup dah out of stock. WTfishhhh. Tak sampai seminit ok. Melopong mak tau tak. Ingatkan dah berjaya la rebut slot tu. Kenapa snuggbaby laku sangat ni. Sedih mak. Kemarin pegi secret recipe sebab en. fuad nak order kek untuk kawan baik dia nak bertunang. Tak tau nak kasi apa so sponser kek sebijik la untuk kawan dia. Dah alang-alang tu terus la dinner sekali. Saje try fish and chip. Tapi bagi aku sedap lagi fish

Wordless wednesday

Assalam, Aku nak cerita apa pun tak tau. Minggu lepas kerja sehari je. Lepas tu EL sebab naurah pulak warded, muntah, cirit dan demam. Ambik kau pakej. Tahun ni dugaan aku la anak-anak kerap demam. Pak mertua pun pas raya hari tu sakit. So banyak ambik EL. Sampai habis cuti tahunan aku tahun ni. Waaaaa. Habis plan aku nak ke penang christmas nanti. Beria-ia mak buat itenirary untuk percutian ni. Kena postpone pulak. Hari ni jam 3 petang Snuggbaby akan open slot untuk order custom design baby carrier. Ada 15 slot akan dibuka. Jadi siapa yang nak, boleh la grap slot ni. Aku rasa macam nak berebut jugak. Harap la dapat rebut. Saja gatai nak order SCC untuk naurah 1. Takde la berebut boba dengan athmar. Kot-kot tahun depan tersampai ke langkawi. Ehhh, ada niat nak pegi langkawi la. Takpe babeh, kita niat dulu. Tercapai atau tak itu belakang kira. Korang boleh tolong suggest tak mana tempat percutian dekat dengan KL yang boleh aku pegi untuk mengubat hati lara ni. Nak bawak naura