Posts

Showing posts from June, 2014

Tandem nursing

Image
Bagi ibu-ibu yang sedang alami masalah kekurangan susu, tentu risau kan. Tambah pulak dah dekat nak berpuasa. Risau stok susu makin kurang, risau tak cukup untuk baby. Hentikan kerisauan tu. Mulakan langkah untuk menambah kuantiti susu. Macam mana? Mengepam sambil menyusukan baby adalah cara terbaik untuk up kan balik kuantiti susu. Ingat kan konsep demand vs supply? Apabila korang tandem nursing, automatik signal akan di hantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu. Tambahan pula rangsangan baby adalah yang terbaik untuk menghasilkan susu. Hujung minggu memang hari yang sesuai untuk korang mencuba tendem nursing ni. Cuba la, pasti korang kagum dengan hasilnya. Athmar yang kekenyangan selepas menyusu Ini adalah hasil ku selepas tandem nursing baby athmar. Dapat 5oz. Alhamdulillah setakat ni hasil tuaian ku memberangsangkan. Namun masih gigih untuk menambah stok susu. Buat masa ni athmar minum 15oz sehari di rumah pengasuh. Sebab tu aku kene make sure pam sehar

Kelahiran permata hati, Muhammad Athmar bin Mohamad Fuad

Image
Bismillahirahmanirahim, Agak lambat nak update tentang kelahiran putera kami. Alhamdulillah aku dah selamat bersalin pada 1 April 2014 tepat jam 6.02 pagi. 7 hari sebelum due date. Lahir pada 39 minggu. Kisahnya macam ni. 31 Mar 2014. Aku dah start bercuti dari 17 mac lagi. Memang dah tak larat nak travel ke ofis. Ingat masa appointment minggu ke 38 tu dah boleh bersalin. Kalau ikutkan sejarah bersalinkan naurah dulu masa minggu 38. Tapi baby adik belum ready nak keluar lagi. So sepanjang bercuti tu, aku just meluangkan masa dengan naurah. Pagi ni masih sempat beraktiviti kraf dengan naurah. Perut memang dah kejap-kejap mengeras. Malam memang dah tak lena tido. Memang aku ingatkan ad supaya sentiasa alert dengan phone call. Malam tu macam biasa aku tido lebih kurang pukul 12. Ad habis berniaga lebih kurang pukul 1 lebih. Dalam pukul 2 ad masuk bilik untuk tido. Dalam pukul 3 aku tersedar, terasa macam nak terkencing. Lepas ke tandas, aku cuba nak tido balik, tapi terjaga bali

Tangani STRESS dengan senyuman

As-salam, Tentu pernah terjadi pada anda juga perkara macam ni kan. Lambat terjaga dari tidur. Baru nak pegi mandi, anak kecil menangis nak susu. Lepas menyusu, cepat-cepat mandi. Nak bersiap, si kecil menangis lagi. Kali ni berak pulak. Kelam kabut tukar pampers anak. Yang sulung pulak meragam tak nak bangun tidur. Suami pulak mencari stokin tak jumpa. Kalut nak melayan permintaan sekeluarga. Baru nak keluar rumah, hujan pula. Dah kunci pintu, baru teringat kunci kereta tak ambil. Masuk kereta, anak tumpahkan air pulak. Dah la lambat untuk ke kerja, macam-macam pulak berlaku dalam 1 pagi. Marah. Sampai office, belum sempat punggung cecah kerusi, boss dah panggil. Macam-macam kerja di beri. Nak print paper work, nak siapkan presentation, ohh claim outstation bulan lepas pun belum sempat buat. Tengah nak photostate, kertas pulak sangkut. Meeting dah nak start. Bosses dah menunggu. Sakit hati. Dah pukul 7 malam, kerja office masih belum siap. Anak-anak di taska belum di

Berhati-hati bila makan Vitamin E Shaklee

Image
Bila sebut tentang shaklee, ramai yang tahu tentang kebaikan dan keberkesanan vitaminnya. Ramai yang share testimoni berpuas hati setelah mengamalkannya. Namun di sebalik itu, anda juga harus berhati-hati bila makan sesetengah produk terutama untuk kecantikan seperti Vitamin E dan GLA. Sebab ramai yang telah makan melaporkan mengalami kesan sampingannya iaitu >>>>>>>>>>>>>>> MENGANDUNG. Sangat mengujakan bukan. Sebab tu Vitamin E juga di gelar Vitamin CINTA. Kebaikan Vitamin E Shaklee 1. Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. 2. Memperbaiki peredaran darah 3. Memperbaiki tisu 4. Melindungi paru2 dari pencemaran udara 5. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan 6. Mengurangkan parut & masalah jerawat 7. Mengurangkan tekanan darah 8. Membantu dalam pencegahan penyakit katarak 9. Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kak

Kembali langsing selepas bersalin

Image
"Wahh dah slim". Mula-mula macam tak percaya. Tapi bila 1 ofis dah tegur, betul la tu dah kembali slim. Seronoknya. Setakat ni aku dah hilang 10kg. Target nak dapatkan balik berat badan masa anak dara dulu. Boleh melaram sakan masa raya nanti. Ada sikit lagi yang perlu di singkirkan. Bagi yang tertanya-tanya apa rahsia kembali langsing, jawapannya shaklee. Aku gunakan set berpantang dari shaklee yang mengandungi B-complex dengan Asid Folik, Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi, Vitamin C, Zink, Energizing soy Protein- ESP, Alfalfa, Ostematrix dan Lecithin. Memang best sangat vitamin shaklee ni. Pengalaman aku yang baru lepas berpantang, badan memang segar dan cergas je sepanjang tempoh berpantang. Kawan-kawan mak yang datang melawat pun tegur tak macam orang berpantang pun. Alhamdulillah. Untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan, aku suggest ambik ESP, Alfalfa dan Lecithin. Bagi yang ada masalah sembelit boleh tambah dengan Herb-Lex. Kalau ibu yang