Sembang petang jumaat

As-salam,

Seronok hari ni dah jumaat. Esok cuti. Yahuuu... So apa plan korang hujung minggu ni? Aku ada weeding member ofis. Tapi tak boleh nak pegi pulak sebab en. fuad ada job pulak esok. Tak pe la nak buat cmne kan, redho je la.

Tak silap minggu ni ada karnival upin dan ipin di Putrajaya. Presint berapa aku pun tak sure. Alang ajak naurah pegi. So biar je la naurah pegi dengan alang. Nak bawak athmar kesian pulak dia berpanas kat sana nanti. Dah la budak tu tengah selsema sekarang ni. Asik-asik selsema je kan. Athmar pulak baru keluar wad je 2 minggu lepas sebab demam panas. Demam start dari hari rabu lagi. Tinggi pulak tu walaupun dah bagi makan ubat, pakaikan pampers je, jelum dan buat lemon socks. Tapi tak turun suhunye. So pagi jumaat decide bawak pegi hospital terus. Tapi pagi tu aku request takmo admit. Tengah malam tu pun tak surut-surut demamnya. So en.fuad suruh bawak ke hospital terus. Maka berkampung la  kami di Ampang Putri selama 4 malam. Nasib baik la kali ni dapat single room. Selesa la sikit.

Athmar sekarang ni dah makin berselera makan. Seronok aku tengok. Masa mula-mula kasi makan dulu, jenuh nak suap. Baru bagi 2 suap dah mengamuk tak nak makan. Sekarang ni, kalau lambat suap mengamuk. Ni yang buat mama bersemangat nak sediakan puree untuk athmar.

Sekarang ni aku dah mula campur makanan untuk athmar. Dah try oat + kismis (athmar suka sangat), barli + kurma, nasi + carrot + ikan bilis. Next nak buat oat + apple + kismis dan peas / avocado + kismis pulak. Kadang-kadang bila blur nak masak apa untuk athmar, aku suka pegi bahagian makanan baby pastu tengok yang readymade tu. Ambik idea dari situ je la, pastu masak. Tak kuasa la aku nak beli yang ready made. Benda boleh masak, kacang je baik aku sediakan sendiri.

Ohh ye, untuk yang expecting boleh ke baby fair minggu ni di Mid valley ye. Start dari hari ni 21 - 23 November 2014. Aku mesti la pegi. Pengunjung setia setiap baby fair katakan. Aku pegi hari ni dengan officemate. Banyak gak offer terutama botol tommie tippie. So sape yang guna TT boleh g serbu esok ye. Lain-lain baju-baju, permainan, pampers, barangan penyusuan semua tu ada offer. Tapi kalau nak pegi make sure pegi awal ye. Sebab esok kompem lagi ramai.

Err itu je la kot nak sembang hari ni. Minggu ni taktau ler nak kemana. en. fuad kerja esok. Kak yong nak turun kl esok. Nak g mencari babycarrier. Dia pun dah terjebak sama dalam menggendong baby ni lepas aku dok racun. Syabas sis.. So ahad maybe pegi teman dia mencari SSC la kot.

Salam hujung minggu.
Luv,
mar


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992


Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato

Smart Reader Kids